Saturday, April 29, 2006

Kain Baju Kurung

UKURAN
1. Pinggang
2. Ponggong + 4 inci
3. Labuh

Katakan Ukuran ialah:
1. Pinggang = 34 inci2.
2. Ponggong = 42 inci + 4, kemudian dibahagi 2 = 42+4 = 46 bahagi 2 = 23 inci3.
3. Labuh = 40 inci









Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju, 2 m lagi untuk kain















Kain dilipat 2Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci




























1. Mula-mula kain dilipat 2

2. Ukuran lebarnya dalam 30-33 inci

3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah)

4. Tandakan dengan kapur bahagian labuh di atas (seperti gambar)

5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no. 4) tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip.

6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah)

7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan oren), jahit 2 kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki











8. Gosokkan bahagian jahitan kain tadi.9. Jahitkan Zip dari bahagian kain yang betul


























10.A - Ukuran lebar (30 - 33 inci) B- Ukuran Ponggong (23 inci)C - Baki dari lebar kain dengan ponggong
C - Katakan lebih ialah 12 inci. kalikan dengan 2. 12 x 2 = 24 inci. (lebih senang jika tengok dalam cm, 24 inci = 61 cm) okey, dari 24 inci, anda agak berapa lipatan anda boleh buat. (kadang2 lebih bahagian ini kecil sahaja, mungkin hanya dapat 1 atau 2 lipatan sahaja.) Kita katakan buat 3 lipatan. So, 24 bahagi 3 = 8 inci


11. Tandakan dengan kapor setiap 8 inci, dan 3 bahagian (untuk 3 lipatan.)12. GOSOKkan dengan seterika tanda lipatan tadi.






































13. 3 lipatan tersebut disatukan, dan dijahit 3-4 mm dari tepi. Jahit dalam panjang sama atau lebih sedikit dari zip14. Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/ dari zip















15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y.16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci atau 2 inci.17. Tandakan dan potong.18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.














19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah dijahit tepi, anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...)

20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci daripada atas, 1 inci ni bergantung kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan. (ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk kain budak)
MASUKKAN GETAH. (saya guna getah semua, senang sikit!)
Ukuran pinggang = 34 inciUKURAN GETAH kurangkan dalam 2 1/2 hingga 3 inci
= 31 inci.

21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut. kain ini diambil dari kain perca, dan buat 2 - 3 lapis biar tebal sikit.































22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari bahagian getah yang dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi.

23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung. Kemudian Sematkan dengan jarum peniti kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut.

24. Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan tersebut di tengah2, tarik getah bagi balance.

25. Lebihan kain (Gambarajah Z) biarkan keluar.. ( nak bubuh cangkuk)

26. Bila dah balance, JAHITKAN di tengah2 kain yang dah masuk getah tadi.
CARANYA - Tarikh Kain bagi tak berkedut dengan getah dan jahitkan.
Buat sehingga Penghujung.






















27. Kemudian, jahitkan cangkuk (Hook).

Sunday, April 23, 2006

Jahitan bahagian Melengkung

Pada sesetengah tpt di baki jahitan hendaklah di gunting.
Ini adalah utk menampakkan kekemasan kain pd bahagian tersebut
supaya kain tidak berkedut atau nampak tebal.
Pada bahagian cekung seperti leher, hendaklah di gunting biasa sahaja.
Sementara di bahagian cembung seperti lengan atau ketiak , hendaklah di gunting
cebisan kain seperti tiga segi.
Berhati-hati semasa mengguting, jgn sampai melepasi garisan jahitan benang

Jahitan Mock Perancis

Jahitan biasa di buat pada kain bercorak menghala
ke dalam.
Kemudian lipat kedua-dua jahitan masuk dan jahit lagidi atas baki jahitan

Jahitan Self-Bound

Ia adlah jahitan biasa di buat menggunakan kain bercorak menghala ke dalam.
Gunting sebelah baki jahitan menjadi 0.4sm.
Lipat baki jahitan yg satu lg ke atas sebanyak 2 kali. Jahit lagi

Jahitan Perancis ( Frech Seam)

Jahitan yg menggunakan kain bercorak menghala keluar.
Gunting baki jahitan supaya menjadi 0.5sm
Kemudian lipat kain supaya bahagianbercork menghalake dalam
dan dijahit sekali lagi selebar lebih kurang 0.7sm

Jahitan Biasa

Ia adalah jahitan tanpa apa-apa lipatan.
Letakkan fabrik dengan bahagian bercorak menghala
ke dalam dan jahit seperti biasa

Pengunaan mesin jahit

Bagaimana menggunakan mesin jahit dgn betul.

Pegang benang atas dan bawah, kemudian tarik ke belakang tapak jahitan.
Letakkan fabrik ke bawah tapak jahitan.
Pastikan garis baki jahitan betil2 di bawah jarum
Turunkan jarum ke fabrik dan turukan tapak jahitan.
Mulakan mejahit lebih kurang 2 sm.
Kemudian lepaskan benang atas dan bawah yg dipegang tadi.
Mulakan jahitan anda

Semasa menjahit, letakkan tangan kiri di sebelah kiri atau di belakang tapak
dan letakkan tanagn kakn disebelah kanan di hadapan tapak jahitan.
Gunakan kedua-dua tangan utk membetulkan arah fabrik semasa menjahit.

Friday, April 21, 2006

Penyambung dan mematikan jahitan

Cara menyambung & mematikan jahitan


Matikan benang lama dan masukkan benang baru dengan cara yang licin.
Kerjakan supaya benang baru meliputi benang lama
Buat satu atau dua mata jahitan pada matajahitan yang akhir, kemudian susupkan jarum antara lapisan kain dan putuskan benang.
Satu cara yang lain ialah menyusupkan jarum melalui beberapa mata jahitan akhir SD. Cara ini adalah cara mematikan jahitan yang lebih kukuh

Panduan Jahitan

Cara memulakan jahitan


Jika menggunakan dua lapisan kain susupkan jarum melalui dua lapisan kain.
Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula.
Mulakan dengan satu atau dua jahit kia. Kemudian barulan mulakan jahitan.
Tinggalkan sedikit benang di dalam kain.
Kalau menggunakan satu lapisan kain mulakan dengan jahit kia kemudian mulakan jahitan.
Elakkan membuat simpul kecuali simpul yang nipis seperti di bawah.

Peraturan sebalum menjahit

Gunakan mata jahitan yang betul untuk kerja yang hendak dibuat

Gunakan saiz jarum dan jenis benang yang betul untuk kain yang digunakan.

Pegangkan kain dengan betul.

Mula dan matikan jahitan dengan kukuh, jangan gunakan simpul sebab ia mungkin terbuka, mengoyakkan kain halus dan menjadikan ketul-ketul kecil di dalam kelepet atau kelim apabila kain ditekan dengan seterika.

Cucuk benang ke mata jarum dengan menggunakan hujung benang yang diputuskan dari buku benang dan jadikan hujung ini hujung benang yang lebih endek diantara dua lembar benang di jarum supaya ia tidak akan berbelit, berpintal, bersimpul atau berambu.












Kumpulan Jahitan

Jahitan Sementara
Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda

Jahitan Penyambung
Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.

Jahitan Pengemas
Sembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah

Jahitan Sulaman
Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah

Panduan menghias dan menjaga bunga

- Elak menghias kediaman dengan terlalu banyak jambangan bunga hinggakan kediaman anda kelihatan seperti kedai bunga.
- Pilih warna bunga yang sesuai dengan skema warna kediaman anda.
- Gubahan di dalam vas tinggi boleh menghiasi meja makan ataupun meja kopi kerana ia berupaya menjimatkan ruang. Tapi pastikan saiznya tidak terlalu tinggi kerana ia akan mengganggu hidangan di atas meja.
- Untuk meja makan atau meja kopi yang lebar, bolehlah anda tempatkan gubahan memanjang.- Bagi mencipta kelainan di meja hidangan, anda boleh menghiasi bekas kaca berisi lilin, air dan kelopak bunga. Di samping itu, hias kelilingnya dengan kain organza dan bunga berwarna terang seperti merah sebagai penyeri.
- Untuk sudut, anda boleh menghias dengan gubahan khas yang ditempatkan di atas meja sudut atau kaki pasu.
- Cara mudah yang dilakukan untuk gaya Inggeris ialah menempatkan bunga-bunga di dalam vas tanpa perlu bersusah payah mencucuknya ke dalam span bunga. Sebagai tambahan, anda boleh menghias vas dengan ikatan reben ataupun kain organza.
- Untuk kediaman bergaya moden, pilih gubahan yang ringkas serta jenis bunga yang tidak sarat dengan warna.
- Jambangan bunga yang ringkas boleh diselitkan dengan replika buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai kelainan dan daya tarikan. Gubahan itu sesuai dihias di ruang makan atau ruang dapur.
- Jika ingin menghias bunga pada dinding, anda boleh menggubahnya di dalam bakul tanpa tangkai dan kemudian menggantungnya pada dinding.
- Cara membersihkan bunga kain ialah dengan memasukkan bunga ke dalam plastik, diikuti dengan sedikit garam. Kemudian renjiskan air dan goncang plastik dengan kuat. Selepas itu bilas bunga dengan air dan jemur. Bunga pasti kembali bersih.

Untuk anak-anak ku

Buat anak-anak ku dengarlah pesanan mama
bila dewasa buatlah jasa
bila dewasa tekunlah berusaha

Buat anak-anak ku
jangan buat sesuatu yang mama tak suka
jangan buat sesuatu yang membinasa hidup mu
jangan buat sesuatu yang menyusahkan masyarakatmu
jangan buat sesuatu yang memalukan keluarga

Buat anak-anak ku
jangan lupa baktimu pada Tuhan
jangan lupa takwa mu pada yang ESA
jangan lupa tingkatkan amalan
jangan lupa jaga perkertianmu

Buat anak-anak ku
hidup hanya sementara
dunia bukan tempat bersukaria
dunia bukan tempat membuat dosa
tapi dunia tempat mu mengenal dunia dan manusia
dunia sebagai perantaraan ke alam kekal
di sinilah tempat mu sebagai hamba
di sinilah tempat mu sebagai insan
yang mengutip butir-butir permata
sebagai cahaya penerang perjalananmu

Buat anak-anak ku
hidupku seketika arus
nafas kan terhenti jua
kalian sebagai penyambung kehidupan ini
insyALLAH!
pembalasan menanti kita di sana.

Saturday, April 08, 2006

PERMULAAN JAHIT

@ Jika menggunakan dua lapisan kain susupkan jarum melalui dua lapisan kain.

@ Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula.

@ Mulakan dengan satu atau dua jahit kia.

@ Kemudian barulan mulakan jahitan.

@Tinggalkan sedikit benang di dalam kain.

@Kalau menggunakan satu lapisan kain mulakan dengan jahit kia kemudian mulakan jahitan.

@Elakkan membuat simpul kecuali simpul yang nipis seperti di bawah.











Cara menyambung dan mematikan jahitan


@ Matikan benang lama dan masukkan benang baru dengan cara yang licin.

@ Kerjakan supaya benang baru meliputi benang lama

@ Buat satu atau dua mata jahitan pada matajahitan yang akhir, kemudian susupkan jarum antara lapisan kain dan putuskan benang.

@ Satu cara yang lain ialah menyusupkan jarum melalui beberapa mata jahitan akhir SD.

@Cara ini adalah cara mematikan jahitan yang lebih kukuh





JENIS JAHITAN

JAHITAN PENYAMBUNG

Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.


JELUJUR HALUS


@ Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kiaJahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya 0.3 - 0.5 cm

@ KegunaanMenyambung dua atau lebih kepingan kain

@ Membuat kedut

@ Melekatkan lapisan kain buat sementara

@ Menandakan kedudukan dan panjangnya lubang butang

@ Mengelakkan tepi kain daripada memeri

@ Mensekatakan kepala lengan

@ Sebagai jahitan sulaman


JENIS JAHITAN


JAHIT SEMBAT SUSUP

@ Jahit di sebelah dalam dari kanan ke kiri

@Mulakan jahitan dengan jahit kia di bawah lipatan.

@ Cucuk 2 atau 3 benang kain sahaja di bahagian kain selapis yang rapat dengan tepi berlipat.

@ Tarik jarum keluar kemudian susupkan jarum ke dalam lipatan kira-kira 0.3 - 0.6 mm besarnya.

@ Cucuk jarum balik ke bawah dan terus menjahit dan matikan jahitan dengan jahit kia.

@ Ia jahitan kecil, halus, sekata, kemas, akan membentuk 'V' tetapi kurang kukuh.




Monday, April 03, 2006

TOPI UTK BERSANTAI

Bahan-bahannya
- Kain corak ( 57cm x 152cm)
- span (57cm x 57cm)
- kain kosong (20.5cm x 71cm)
- gunting
- peniti


1) Tredapat 3 bentuk yang mesti di hasilkan

- bulatan topi
- atas topi
- rim topi

2) Buat bulatan topi dengan memotong kain corak, kain kosong & span
dalan ukuran 10cm x 71cm
3) Mula-mula cantumkan bulatan dan atas topi diikuti dgn rim topi
4) Cantumkan ketiga-tiga kain yang di potong
5) Jika mengunakan mesin jahit , boleh gunakan jahitan corak adn lurus
untuk menghiasi topi anda.
6) Jahit topi mengikut ukuran saiz kepala anda

Sunday, April 02, 2006

ANDAI IA KEMBALI

andainya bisa ku kutip kembali.....
kukumpul menjadi debunga
kemeriahan.....
meriah dalam menerima kehadiran ku...
akan ku bawa keharmonian
akan kusisip kasih sayang
akan ku tenun dan bentuk keikhlasan
dan akan kusebarkan pada angin
biar angin berganding dgn hati dan perasaan...
untuk menghambat kesilapan

andai ia bisa ku kutip kembali
akan kupanggil ayah...
akan kupanggil emak....
akan kupanggil abang..
biar mereka tahu...
aku mampu gegarkan rumah itu...
aku mampu gegarkan kampung itu...
aku mampu gegarkan jantung mereka yang bencikan aku....
akn kubuktikan..
pasti akan aku buktikan

tapi...
semuanya telah berlalu...
tak mungkin aku bisa menghentikan deruan ombak....
bila ombak rindu pada pantai..
mesti mereka berbisik... seirama... dan semerdu...
tapi bila hatiku rindu pada waktu...
akan mereka merasainya...?
dan kini naluri ku berbisik pada hati
mungkinkah WAKTU itu bisa kugubah....?