Friday, September 12, 2008

Kasih Sayang..Kekayaan...Kejayaan

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang danberwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya..
Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.
Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu." " Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan,"
Dia berkata sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,"
Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "
Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?
Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

KAU TAK SEPERTI BUNGA

Bunga menguntum indah,menyeri memerah
Dipuji dengan berbagai bagai madah
Esok bunga jatuh gugur
Serpih demi serpih , tanpa daun dan kelopak.

Isteriku
Engkau bukan bunga yang akan layu
Dan aku bukan kumbang yang akan dirayu
Lambang bunga lambang sementara
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya
Daerah kita bukan daerah cinta
Bukan masanya untuk memujuk kekasih merajuk
Tiada senda gurau memanjang
Kerana kita dalam berjuang

Disini uda dan dara telah berkubur
Kita bina atasnya jihad yang subur
Bumi kita bumi payah
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah
Bila aku menjejak tapak Yasir
Ikutilah dibelakang ku sebagai Sumaiyah
Bila ku katakan pada mu:
Perjuangan itu pahit Kau katakan kembali :
Syurga itu manis


Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Maju cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulut telah kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk cemburu
Tidak seperti dahulu
Kerana kini kau seorang mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah, pudar dan hambar di mata mu
Padaku yang baru belajar menjadi seorang mujahidah
Aku hanya mampu mendoakan agar kau menjadi seperti Yasir
Walaupun kiranya aku bukan seperti Sumaiyah

Dalam tangis ku cuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
Seperti redhonya Siti Hajar waktu ditinggalkan Ibrahim
Biar kita berpisah selalu derita
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka itu dipagari ribuan nikmat

Terima Kasih Wahai Tuhan

Thursday, September 11, 2008

UPSR

setelah 3 ari periksa ..tamat dah upsr along....entah lah aku bertawakal sahaja semoga ape yg dia hajatkan tercapai....td aku tgk juge soalan bm ...boleh tahan juga lah...pd aku banyak soalan yg mengelirukan... tu br soalan bm , tak tau lg soalan yg lain....
aku buakan ape masa dia periksa ni aku cuba dekat kan diri dgn nya almaklum lah aku ni keja shif tak tetap masa dgn dia ....bukannye ade setiap mlm boleh tgk dia buat keja sek. tp dia paham ... lepas ni angah pulak !!

Wednesday, September 10, 2008

upsr

along tgh menghadapi upsr...semlm....ari ni...dan esok....
mama doakan semoga berjaya.....permintaan along akan mama tunai kan.......

Kemas kini blog

Blog ni tgh renovation lah....eja yg tukang buat nye.....dok ajar masuk gambar tp tak penuh pon.....

Sunday, July 13, 2008

Morning

ari ni aku keja pg....aku dah agak dah klu keja crew ni memang semua datang lambat...pandang kiri pandang kanan ....aku juara juge.......klu bg piala aku pasti dpt emas....kuang..kuang..kuang...
aku swap ni pon sebab ptg nanti aku nak gi cheras... tgk mak aku....sementara angah n along tusion pg ni baik lah aku keja pg....klu aku keja mlm nanti nak cepat balik pulak...tp am pulak demam ni dr semalam....x mau makan ....aku rase perut dia masuk angin sebab bile minum susu pon muntah....kul 5:30 am td aku bg susu ...terus kluar balik juak aku ....kesian kat dia ...hubby kate semalam x makan...bubuh yg aku buat x mau..cuma mkn sekeping biskut...x muntah pulak .....diam aje am....sayang anak mama ni ....am memang dr kecil lg klu sakit , dia diam aje maksud aku x dele dia meringit , mintak dokong ke...dia akan baring saje ....memang dia lain dr angah dan along...tapi ciri2 banyak juge ikut along...mungkin anak lelaki kut.
Ya Allah sembohkan lah penyakit am dan mak aku .....amin

Saturday, July 12, 2008

IBU

Aku rase aku dah ceta kat sini pasal mak aku sakit .....tak tahulah mane pi ceta tu.......
26/06 ari tu mak aku kena serangan sakit jantung.....dok ospital 10 ari... kini mak aku dok umah abg aku kat cheras. nasib baik lah akak ipar aku tak keja ...dia lah yg menjaga mak aku...aku berterima kasih dgn kak ya.....bile aku pikir-pikirkan klu aku aku lah berada di tempat dia agak nye mcmana ye . tp aku dpt rasekan keiklasan kak ya menjaga mak aku.....
masih aku ingat lag tahun lepas ade juga kak ya itu meluahkan perasaan nye pade aku..dia kate walaupun dah 16 tahun berkawin dgn abag aku tp dia masih tak lg mengerti akan tingkah laku abg aku....ape yg aku tahulah abg aku ni jenis diam org nye...bile berbincang atau bersembang dia susah nak menyatakan pendirian dia ...aku pon kadang2 tak paham juge , tp memang itu dah tabiat dia . kak ya ni kira okey jugalah kire boleh bertolak ansur dlm banyak hal .

Aku terpikir lah agak nye klu ade anak ramai mcmane ye....klu aku tgk sebelah pakcik aku adikberadik dia ramai juge 8 org.....tp mak mertua aku tak lah sakitlg maksud aku sakit yg kuat lah mcm mak aku..tentu ramai boleh jage dia....

sebenarnye jauh di sudut ati aku ni aku nak juga jage mak aku...bg dia makan ubat , masak kan dia ape yg dia nak makan....memang aku nak buat semua tu ...dan aku harap aku akan dapat lakukan nye.....